14.4.2017 Last day praktikal selama 5 bulan dan maksudnya berakhirlah diploma aku selama 3 tahun. Tempat belajar di Politeknik and amik kos kejuruteraan alam sekitar. Ramai tanya ehh kos apa tuh? macam mana? buat ape je? aku pun masa dapat kos tuh tertanya jugak macam mana kan. lepas dah masuk poli tuh baru tahu macam mana. kos aku nih lebih kepada experiment kerja dalam makmal then merawat air. belajar macam mana peringkat2 proses air sampai dapat air bersih yg boleh diminum. actually, kos aku nih under kejuruteraan awam so kene lah belajar bende basic awam contoh macam ukur jalan, buat projek berasaskan kayu,paip,batu bata macam2 lah belajar. selain tuh ad jugak belajar pasal hazardous waste, municipal solid waste, occupational safety&health, drawing and autocad. banyak bende belajar yelah sampai semester 6 kan.

Btw back to my title sorry dah merapu pulak citer pengalaman belajar padahal tajuk blog perjalanan lepas abis diploma. Alhamdulillah lepas abis diploma tak sampai 2 bulan dapat kerja even belum graduate. Graduate bulan 9 nih and you know what excited giler kot, can't wait road to convo!
29.5.2017 aku dapat kerja kat kampung baru subang dalam 45 minit jugak lah ke sana. aku interview semalam nye hari ahad esok isnin terus mula kerja. aku pilih situ even jauh sebab ad related dgn kos tapi lepas 3 bulan aku berhenti, kiranya sebelum confirmation 3 bulan aku dah berhenti sebab dah tak larat weyh nak drive ulang alik dengan minyak tol lagi. sebulan je mesti kene simpan 500 utk minyak tol.

Bila pikirkan balik 500 tuh bazir kt situ je. tapi seriously keje situ oke sgt officemate semua oke. time last day berhenti tuh dorang nangis tak bagi aku berhenti siap suruh apply cuti sebulan tanpa gaji. sayang nye lah dorang kat aku kan haihhh mana lah nak dapat lagi moment kerja macam tuh. aku berhenti hari jumaat 11.8.2017 then masuk kerja baru 15.8.2017 hari selasa. sini ak kerja import export bahagian seafreight as Customer Service Executive memang lari giler dari kos yg ak belajar but sokay i want learnt something new and experience. tapi kali nih paling syok 10 minit  je dari rumah sampai ke tempat keje. time lunch balik makan kat rumah huhu jimat giler duit.

Company sekarang nih besar giler memang selesa, waktu kerja pun oke sabtu ahad tak kerja syok woo. duit minyak pun jimat tol takde kalau tempat kerja yg sebelum nih 6 tol pergi balik sehari je 10 hinggit kau ghase? btw dah seminggu lebih kerja sini setakat nih oke je baru belajar basic bahagian import tuh pun mula2 keliru lama2 dah faham macam mana. keje bahagian nih memang under pressure tak tahu lah lama2 nanti macam mana harap aku mampu handle semua. sekarang nih target aku nak beli kereta baru awal tahun depan. semoga Allah permudahkan segala urusan dan segala yg aku hajati Amin.. Alhamdulillah bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang hasil titik peluh sendiri dapat beli ap yg ak inginkan.

Pesanan aku zaman sekarang dgn ekonomi sekarang jangan lah terlalu memilih. kat luar tuh ramai yg mengganggur takkan nak tengok je orang lain ada itu ini. orang cakap sekarang diploma pun dah tak pandang, tuh tak penting yg penting usaha and rezeki tuh ad kat mana2. aku pernah rasa menganggur sebulan lebih dan masa tuh aku memang struggle giler cari keje kat intnt hari2 then interview sana sini. banyak tempat weyh ak g interview ade dalam 6 tempat kot ke lebih. kebanyakkan nye semua nak yg ad pengalaman. susah nak cari company yg nak fresh graduated then nak training kita lagi dorang takde masa weyh. macam aku nih rezeki lah dua tempat yg ak dapat kerja dorang nak training aku. orang sekarang pandang pengalaman dpd pencapaian yg tinggi nak mampos tapi bila buat keje tak reti.

Oke dah panjang sgt aku bebel nih. Inilah perjalanan kehidupan aku selepas habis diploma. tak lupa pada ibu ayah keluarga and org yg ak sayang sentiasa bagi support. terima kasih semua terima kasih selalu ad bila susah dan senang Alhamdulillah syukur dgn pujian mu.













Ulasan

Catat Ulasan